Kerjaya kelab Simone Verdi

Kerjaya awal

Verdi memulakan kerjayanya bersama kelab amatur Audax Travacò sebelum beliau menyertai Milan semasa berusia sebelas tahun.[2]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk kelab ketika beliau berusia 17 tahun dalam aksi Coppa Italia menentang Novara pada 13 Januari 2010.[3] Beliau seterusnya melakukan penampilan keduanya pada dua minggu kemudian pada perlawanan suku akhir kejohanan menentang Udinese yang menyaksikan Milan tewas 0–1.[4] Semasa bermain untuk pasukan bawah-20 kelab, penyerang muda itu menjaringkan gol sulungnya di San Siro pada perlawanan timbal balik Piala Primavera pada 14 April 2010. Milan akhirnya mencatatkan kemenangan 2-0 yang mana Verdi turut melakukan bantuan jaringan sekali gus memastikan kedudukan agregat 3-1 memihak kepada Milan.[5] Di situ, beliau telah digelar Verdinho oleh kerana gaya permainannya menyerupai pemain Brazil itu.[6]

Pada Mei 2010, CEO Milan Adriano Galliani mengumumkan bahwa Verdi bersama tiga rakan sepasukannya yang lain dijangka akan menyertai skuad utama kelab secara tetap buat musim 2010–11.[7] Kemudian, Verdi telah menandatangani kontrak pertamanya bersama Milan.[8] Namun, beliau teruskan peluang beraksinya bersama pasukan remaja Milan dengan lebih kerap.[9]

Torino

Pada permulaan musim 2011–12, Verdi telah berpindah ke kelab Serie B, Torino sebagai rundingan pemilikan bersama yang bernilai 2.5 juta euro (beliau ditukarkan dengan Gianmario Comi yang bernilai 150,000 euro).[10][11][12] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Torino pada perlawanan pertama saingan liga menewaskan Ascoli 2-1 di gelanggang lawan pada 27 Ogos 2011.[13] Beliau beraksi dalam 12 perlawanan liga pada musim 2011–12 bersama Torino yang menyaksikan pasukannya itu menghuni tangga kedua liga sekali gus meraih kelayakan ke Serie A buat musim depan.[14]

Pada musim 2012–13, beliau telah beraksi dalam empat perlawanan Serie A. Beliau melakukan penampilan sulungnya di liga itu pada 30 September 2012 sebagai pemain gantian ketika menentang Atalanta.[15]

Dipinjam ke Juve Stabia dan Empoli

Pada 23 Januari 2013, beliau telah dipinjamkan ke kelab Serie B, Juve Stabia sehingga akhir musim.[14] In the summer of 2013 the co-ownership agreement between Milan and Torino was renewed for an additional year.[16]

Buat musim 2013–14, beliau telah dipinjamkan ke kelab Serie B, Empoli.[17] Beliau melakukan penampilan pertamanya untuk Empoli pada perlawanan pusingan kedua Coppa Italia menewaskan Südtirol 5-1. Dalam perlawanan itu juga, beliau menjaringkan gol sulungnya untuk pasukan barunya itu. Pada 23 November 2013, beliau telah menjaringkan gol pertamanya di Serie B semasa menundukkan Spezia 3-1 di gelanggang lawan.[18] Beliau menamatkan kempen bagi musim ini dengan menghasilkan lima gol dalam 39 penampilannya serta menyumbang kepada pencapaian pasukannya yang berjaya untuk layak ke Serie A akhirnya.[19]

Pada 18 Jun 2014, rundingan pemilikan bersama antara Torino dan Milan telah diperbaharui buat tahun yang ketiga[20] manakala Verdi dipinjamkan ke Empoli sekali lagi. Beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie A pada 7 Disember 2014 untuk membantu pasukannya mengikat Napoli 2–2. Pada 20 Januari 2015, beliau menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Coppa Italia musim ini ketika menentang Roma sebelum pasukannya akhirnya tewas pada masa tambahan.

Kembali ke Milan

Pada Jun 2015, Milan dan Torino sudah tidak menetapkan persetujuan masing-masing berhubung dengan rundingan pemilikan bersama itu. Masa depan Verdi telah ditentukan oleh lelongan yang dimenangi oleh Milan. Pada 14 Julai 2015, beliau beraksi dalam aksi persahabatan pada pra-musim menentang Legnano dan beliau menjaringkan satu gol.[21]

Dipinjam ke Eibar dan Carpi

Untuk musim 2015–16, beliau telah dipinjamkan ke kelab Basque, Eibar yang juga mempunyai pilihan untuk membelinya secara tetap.[22]

Pada 29 Januari 2016, Verdi telah dipinjamkan ke Carpi melalui rundingan selama enam bulan.

Bologna

Pada 11 Julai 2016, Bologna telah melengkapkan perpindahan Verdi.[23] Ketika separuh pertama musim, beliau telah menghasilkan impak yang besar dalam pasukan apabila menyumbat empat gol dalam sembilan perlawanan yang disertainya.

Beliau telah menandatangani kontrak baru selama empat tahun pada 13 Jun 2017.[24] Pada 4 November 2017, beliau menjaringkan dua gol dari jarak 25 meter melalui sepakan percuma pada aksi menentang Crotone. Jaringan pertama Verdi dihasilkan dengan menggunakan kaki kirinya manakala jaringan keduanya pula melibatkan kaki kanannya.[25]

Pada 21 Januari, Verdi telah dijadikan sebagai kapten pasukan Bologna setelah keputusannya yang menolak perpindahan ke Napoli pada jendela perpindahan. Pada hari itu, beliau mengetuai pasukannya mengecewakan Benevento 3–0.[26]

Napoli

Pada 11 Jun 2018, Verdi telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Napoli yang menelan nilai perpindahan berjumlah 25 juta euro.[27]

Kembali ke Torino

Pada 2 September 2019, ketika saat-saat akhir jendela perpindahan musim panas, Verdi telah dipinjamkan ke Torino yang bernilai 3 juta euro bersama pilihan untuk membelinya secara tetap berserta nilai 20 juta euro.[28]

Rujukan

WikiPedia: Simone Verdi http://www.acmilan.com/MostraInfo.asp?id_info=1894... http://www.acmilan.com/NewsDetail.aspx?idNews=1147... http://www.acmilan.com/NewsDetail.aspx?idNews=1154... http://www.acmilan.com/en/news/breaking_news_show/... http://www.acmilan.com/uploads/club/bilancio2011/p... http://www.bdfutbol.com/en/j/j97919.html http://forzaitalianfootball.com/2014/05/serie-b-20... http://www.gazzettagranata.com/?H8MYKLrZ http://www.gazzettagranata.com/?ueiyKYf3 http://www.goal.com/it/news/2/serie-a/2010/05/18/1...